Popular Posts

Wednesday, 12 September 2018


PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan Malaysia kini, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Sejak pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan pada dekad 1970-an, taraf Bahasa Melayu telah meningkat menjadi bahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh semua golongan terutama murid-murd di sekolah. Pengajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kemudian melalui zaman Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada 1980-an. Selanjutnya, pelaksanaan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) pada 2011 dan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) mulai tahun 2017 telah membawa perubahan yang penting kepada penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu.





Monday, 10 September 2018

ASAS 3M MASALAH PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU TAHUN 2






Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.










Wednesday, 15 August 2018

ASAS 3M BAHASA MELAYU KEMAHIRAN MEMBACA MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 2






Kemahiran membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.





































ASAS 3M BAHASA MELAYU KEMAHIRAN KOMUNIKASI MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 2


Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.